RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
1) Mata pelajaran : Bahasa Melayu
2) Tema : Makanan Untuk Kesihatan
3) Tahun : 2 Bijak
4) Masa : 7:45 – 8:45
5) Tajuk : Makanan
6) Sub Tajuk : Makanan Seimbang
7) Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mengenal jenis makanan
8) Kemahiran : F.U 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat
serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas
F.S 8.1 Membina dan menulis perkataan , ayat tunggal
9) Objektif : Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
10) BBM : benda maujud (jenis makanan), kad gambar, petikan, lembaran
kerja.
11) Sistem Bahasa :
* Tatabahasa ; imbuhan
* Kosa kata ; sihat, seimbang, tumbesaran pelbagai kuantiti
12) Pengisian Kurikulum
• Ilmu ; Sains
• Nilai murni ; Kesedaran kepentingan makanan seimbang
13) KBT : KB ; Membuat Kesimpulan
BCB ; Mengamalkan pembelajaran seumur hidup
SET INDUKSI (5 minit)
- Guru mempamerkan gambar makanan ( buah-buahan, sayur-sayuran, makanan segera)
(contohnya ; betik, tembikai, sawi, lobak merah, burger, sosej, aiskrim,gula-gula)
- Murid menyebut makanan berkhasiat yang mereka kenali
AKTIVITI
LANGKAH 1( 15 minit)
- Bersoaljawab dengan murid tentang menu sarapan pagi yang telah diambil
- Guru memperdengarkan cerita yang bertajuk “ Makan Secara Sihat”
- Murid menceritakan semula cerita yang didengar menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
- Bersoaljawab mengenai pengajaran yang diambil daripada cerita tersebut.
LANGKAH 2 (10 minit)
- Murid membaca petikan yang diberi
- Murid memberi maklum balas mengenai gambar / petikan yang telah dibaca.
LANGKAH 3 ( 15 minit)
- Murid diminta menggariskan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan
- Latihtubi menyebut perkataan berimbuhan
- Murid dibimbing membina ayat tunggal
- Murid menulis ayat yang telah dibina dalam buku latihan
LANGKAH 4 (10 minit)
- Guru mengedarkan lembaran kerja
- Murid menjawab lembaran kerja yang diberi
- Guru membimbing murid lemah dalam menyiapkan lembaran kerja.
PENUTUP (5 minit)
- Murid diminta memejamkan mata dan membayangkan jenis makanan yang digemari
- Murid menyanyikan lagu