Thursday, December 8, 2011


pengajaran disampaikan oleh Puan Rahana bt Ab.Razak ( PPG/10190/11 )
Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan Puan Rahana memulakan pengajaran bersoal jawab dengan murid tentang isi beg.Guru memanggil 3 orang murid ke hadapan untuk mengambil barang di dalam beg dan menyebut nama buah yang diambil.Murid-murid lain menyebut makanan berkhasiat lain yang mereka kenali.Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran iaitu " Makanan Untuk Kesihatan "


Pengajaran disampaikan oleh Puan Asiah bt Ismail ( PPG/10191/11 )
Bersoaljawab dengan murid tentang menu sarapan pagi yang telah diambil .Guru memperdengarkan cerita yang bertajuk “ Makan Secara Sihat” .Murid menceritakan semula cerita yang didengar menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.Bersoaljawab mengenai pengajaran yang diambil daripada cerita tersebut.



Pengajaran disampaikan oleh Puan Mahizan bt Othman ( PPG/10140/11 )
Murid membaca petikan yang diberi .Murid memberi maklum balas mengenai gambar / petikan yang telah dibaca. Murid diminta menggariskan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan . Latih tubi menyebut perkataan berimbuhan. Murid dibimbing membina ayat tunggal dan menulis ayat yang telah dibina dalam buku latihan .




Pengajaran disampaikan oleh Puan Normi bt Mamat ( PPG/10189/11 )
Guru mengedarkan lembaran kerja . Murid menjawab lembaran kerja yang diberi .Guru membimbing murid lemah dalam menyiapkan lembaran kerja.




Pengajaran disampaikan oleh Ramzan Bin Salleh ( PPG/10188/11 )
Murid diminta memejamkan mata dan membayangkan jenis makanan yang digemari dan menyanyikan lagu